Sabtu, 7 Julai 2012

Sahabat Di Seri Iskandar


Assalamualaikum. Saya ni budak baru belaja, kalau salah tolong laa tegur mane yang patut ye. Hehe. Ok, untuk entry aku yang pertama ni aku nak cerita tentang kawan-kawan aku atau lebih tepat lagi tentang sahabat-sahabat baik aku di Seri Iskandar, tempat di mana aku berusaha untuk menuntut ilmu dan mendalami ilmu tentang perancangan bandar dan wilayah.

Kawan-kawan aku ni (yg paling rapat laa) ade 11 semua nye (2 org xde kt dlm gmbar ni). Kebanyakan daripada mereka ni berasal daripada pantai timur iaitu Kelantan Darul Naim. Kami ni satu kelas dan satu housemate. Dulu mase aku part 1 xde laa rapat sgt ngn dorang ni, sbb mase tuu aku tak duduk sebilik ngn dorang. Mase aku banyak aku habiskan ngn roomate aku mase tuu. Entah macam mne bile naik je part 2, kami dapat bilik sebelah-sebelah. So bile ade keje atau nak pegi kelas sng laa sbb kteorang ni satu kelas. Nak dijadikan cerita, mase kteorang part 3 kteorang dah xdapat kolej. So nak xnak terpakse laa pegi menyewa rumah kt bandar Sidec, belakang Uitm. Mula pada saat itu lahh, hubungan kteorang makin lame makin rapat. Hehehe.

Sekarang aku nak kenalkan kt korang sape sahabat-sahabat aku ni. Yang paling kiri pakai baju hijau tu name dia Olie, budak Melakau. Dia nii memang riuh tapi kadang-kadang aku tension jugak tengok mamat ni sbb bile dia gaduh ngn awek dia atau assignment dia x siap dia akan buat muka. Haishhh, aku rase mcm nak bagi penumbuk je kt mamat ni. Haha. Yg sebelah dia tuu name dia Am, orang Kelantan. Dia ni mmg cool dan ade ramai peminat. Nset x pernah lari daripada tangan dia. Tapi dia ade satu tabiat yang lain daripada yg lain. Dia tak minat bola ! Pelik kan ? Hehe. Yg baju putih tu pulak name dia Fakhrul, tapi kteorg panggil dia BJ. Nak tau knpe BJ, nnt aku story lagii kay. Hehe. Dia ni budak paling baik dlm geng kteorg. Dia mmg suke tolong org lain, tak kire mase dan tempat. Mmg aku respect laa kt mu BJ ! Yg sebelah dye tuu pulak name dia Fahmee, satu negeri ngn aku Terengganu. Tapi dia ni dah arwah, kesian kan. Hahahaha. Tkde laa, dia ni quit mase akhir part 3 dlu sbb dapat tawaran MAS. Fahmee ni budah paling riuh kt dlm kelas kteorang dan paling genius dalam geng kteorang. Sedih gile mase dia nak quit dlu. But life must go on rite. Yg pakai baju biru tu pulak name dia Ame, orang KL. Ame ni budak paling jambu dlam kelas kteorang. Walaupun dia jambu tapi dia bukan playboy. Hehehe. Yg baju pink tu aku xkenal la pulak sape tapi yg menyorok kt balakang kete tuu name dia Afiq atau lebih dikenali dengan panggilan matpik. Dia ni asal Kelantan. Bos kt dalam kelas dan kt rumah sewa kteorang. Yg berdiri paling kanan skali tuu name dia Luqman@matluq. Dia ni pun asal Kelantan jugak. Dia ni unpredictable sikit. Kadang-kadang serius kadang-kadang huru hara jugak. Kalau nk bergurau ngan dia kne hati-hati sikit ye kengkawan. Tapi dia ni jenis yg cool, jgn risau. Hehe. Yg pakai spec peluk tubuh tu pulak name dia Mat Ajim, pun org Kelantan jugak. Kalau keje-keje studio mmg kteorang akan rujuk dia laa sbb dia ni boleh dikatekan power jugak laa bab2 assignment ni. Last skali yg duduk tuu name dia Ami. Dia ni dah arwahh dahh. Mase part 2 dlu dia telah pergi meninggalkan kami semua. Al-fatihah. Hahahaha. Tu je laa stakat nii. Nnt aku akan cerita dengan lebih lanjut tentang mamat-mamat ni. Have fun buddies. Assalamualaikum.

5 ulasan: