Rabu, 11 Julai 2012

Jikalau Berkasih

Nasihat untuk kawan-kawan. Hayati lirik lagu ni okayyy. :)

Jikalau merindu pada purnama
Kenalah tunggu pada waktunya
Tapi andainya kau rindu padaku
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu

Jikalau merayu pada sang bunga
Jangan terus menghidu harum baunya
Manalah tahu ada racun berbisa
Nanti kau susah pula mencari ubatnya

Cinta memanglah indah
Asalkan kau berjaga

Jangan asyik melihat awan yang tinggi
Duri di bawah tidak kau peduli
Jangan terlalu memuji si buah hati
Kalau ia lari kau yang mabuk sendiri

Kalau menyemai benih biar berbaja
Bila masa menuai pasti kau gembira
Jikalau engkau mencari kekasih
Carilah yang berhati mulia

Cinta memanglah indah
Asalkan kau berjaga

Oh ketuklah pintu hatiku sedang menunggu
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu

Selasa, 10 Julai 2012

Risalah Hati

Kenape susah sangat untuk aku lupe kan kau ? Setiap kali aku teringatkan kau aku akan jadi sedih, kecewa dan macam-macam lagi laa. Kadang-kadang aku akan duduk termenung sorang2 sambil terkenangkan balik kenangan-kenangan kite dulu. Bahagia gile aku rase mase tuu sampai aku rase kau lah jodoh aku sampai bile-bile. Tapi hubungan kite hanya kekal untuk setahun je kan. Aku tak tahu kt mane silap nye, tapi aku dah cube sedaya upaya aku untuk kekalkan hubungan ni tapi kau asyik bagi alasan kononnye kau dah tak percaya aku.

Kau nak tahu tak, sejak kau mintak putus dulu aku jadi tak tentu arah. Setiap mase teringatkan kau. Paling aku sedih time aku nak tido. Kalau dulu sebelum tdo kau selalu ade temankan aku tapi sekarang aku sorg2 je kau tau tak ? Setiap kali aku pandang hp aku berharap sangat ade call atau sms dari kau, tapi satu pun tkde. Susah untuk aku biase kan diri dengan keadaan macam tuu. Pernah tak kau terpikir pasal tuu ? Tak pernah kan.

Kau nak tahu tak, walaupun setahun je kte bersama tapi aku sangat sayang kan kau. Aku pun tak tahu laa kenape tapi macam ade sesuatu kt dalam diri kau yang tkde kt perempuan lain. Kau nak tahu tak ape aku buat untuk lupe kan kau ? Aku cube sibukkan diri aku dengan macam-macam hal. Kalau malam aku akan habiskan mase aku dengan main game sampai pagi, lepas tuu aku tdo sampai tengah hari. Petang tuu pulak aku main bolaa lepas tuu kuar lepak-lepak ngn member aku. Tapi aku tetap teringatkan kau. Pernah tak kau terpikir pasal tuu ? Tak pernah kan.

Ya, aku tau aku pernah buat silap. Sebab kesilapan tu laa kau dah mula berubah. Kau cakap kau dah tak percaya kt aku. Aku tau aku salah tapi tkde ke peluang kedua untuk aku ? Aku merayu-rayu kt kau suruh terima aku balik, dan alhamdulillah kau setuju. Lepas tuu keadaan dah macam sedia kala tapi tak lame. Kau dah mula berubah, kau dah tak macam dulu lagi. Kau langsung tak jage perasaan aku, kau main-main kan aku. Tapi aku sabar sebab aku tak nak kehilangan kau.

Sampai laa satu hari tu kau mintak putus ngn aku. Jujur aku cakap, aku xthu sebenar nya punca kau mintak putus ngn aku. Aku tak pernah tanye dan kau tak pernah bgtau. Aku terima jee ape yg kau cakap sebab aku sedar kau dah tak sayang kan aku macam dulu. Aku terpakse lepas kan kau walau pun aku tak nak semua ni terjadi. Tapi aku harap satu hari nanti kau akan balik pada aku jika kau memang ditakdirkan untuk aku. Insyaallah.

Ahad, 8 Julai 2012

Mat Luq the Coordinator


Hari ni 9/7/12 aku nak cerita tentang mamat sorang ni. Name mamat ni Luqman, tapi kteorang lebih senang panggil dia Mat Luq. Ringkas, tepat dan cepat. Hehe. Mat Luq ni simple je orang nye, serius tapi kadang-kadang huru hara jugak. Menetap di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan housemate aku mase part 3 n part 4.

Perkenalan aku ngn mamat ni hampir same je mcm Mat Pik. Dia ngn Mat Pik mmg dah lame kenal, kalau tak silap aku dari sekolah menengah lagi. Kt mne ade Mat Pik mesti ade mamat ni. Dah macam gay pulak aku tengok. Hehe. Mat Luq ni kalau korang nak tau seorang yg boleh dikatekan tegas la jugak, berpendirian dan bertanggungjawab. Kalau kteorang ade kelas pagi, dia laa orang pertama yg akan bangun mandi. Tapi yg paling aku xtahan lepas dia dah siap2 dia boleh plak pegi sambung tdo balik sementara nak tngu kteorang (8 org semuanya) siap2. Ape salahnye pegi bancuh air ke wt breakfast ke. Hahaha. Satu bnde aku suke kt mamat ni dia senang sangat nak bangun solat subuh. Sng ke luq ? Kih3. Setakat yg aku nampak laa dia ngn Mat Pik memang xpernah miss solat subuh. Kalau solat berjemaah kt umah, dia laa orang paling layak jadi imam. Lepas dia baru laa disusuli oleh the boss, Mat Pik. Hehehe

Aku ngn Mat Luq ni ade satu peristiwa yg memang aku xkan lupe sampai bile-bile. Ade satu ari tuu awek aku (ex aku skrg) belikan num Digi untuk aku (nak gayut 24 jam laa ktekan) so aku ngn si Fahmee ni plan laa nak kenekan Mat Luq. Time tuu Mat Luq tengah usha sorang awek ni, name Bella (bukan name sebenar). Malam tuu aku ngn Fahmee pakat hantar msg kt Mat Luq gune num Digi aku tuu, Bob pun ade jugak time tuu. Aku cakap aku ni pakwe si Bella and then bagi warning kt dia jangan kacau awek aku laa bagai. Banyak lagi laa aku merapu lepas tuu aku dah lupe dah. Tapi aku yg aku igt aku ajak dia jumpe kt Ipoh malam tuu jugak. Punye laa semangat Mat Luq ni nak mempertahankan si Bella dia sanggup call aku ! Hahaha. Tapi memang tak laa aku nak jawab kalau tak kantoi laa. Hehe. Nasib baik time tuu aku dah silent kan hp. Mat Luq pulak duk kt dlam bilik ngn Mat Pik. Lepas tuu aku masuk kt dalam bilik dia konon-konon nk ajak sembang la ni, tapi dia boleh plak cerita kt aku pasal tuu. Kalau ikutkan hati kt situ jugak aku nak gelak kan dia tapi aku tahan je pastu buat2 serius dengar dia cite. Hahaha.

Besoknye lepas habis kelas pagi tuu aku hantar msg kt dia cakap nak jumpe kt uptown, aku suruh dia bawak si Bella tuu skali. Dia kte OK. Aku, Fahmee pastu sape entah lagi plan laa nak pegi sane, Mat Luq pulak pegi cari se Bella ni. Hahaha. Tapi xthu cmne tibe2 je bleh kantoi bile kteorang smpai sane. At last kteorang dapat tau si BJ ni yg bgtau kt Mat Luq. Barwa punye BJ, baru je nak kenekan Mat Luq. Hehehe. Tapi aku xthu laa betul ke tak ape yg aku cte ni Luq sbb bnde ni dah lame dah mase kteorang part 3 dlu. Aku pun ingat2 lupe je. Tapi peristiwa ni memang aku xkan lupe laa. Sorry Luq !! Kah3.

Jadi setakat ni dlu laa cte aku pasal Mat Luq. Klu ade sape2 nak tambah silakan la yepp. Hehe. To be continue, assalamualaikum. :)

Our Leader


Assalamualaikum. Haaa kalau korang nak tau ni laa dia bos kteorang, Afiq Shakirin atau Mat Pik. Beliau ni sangat baik orangnya. Hahaha. Dia ni anak jati Kelantan dan merupakan peminat fanatik TRW dan Arsenal.

Mula-mula aku kenal dia dulu takde laa rapat sangat. Tapi bile naik part 2 pastu dapat plak bilik sebelah2 kteorang jadi makin rapat. Pegi kelas same-same, g makan same-same n yg paling penting smoking same-same ! Hahaha. Tapi bukan sebab tuu aku bagi gelaran bos kt dia. Tapi sebab leadership dia yg buat kan aku respect kt dia. Ape yg dia cakap memang budak-budak ni ikut terutama skali si Olie tuu. Mamat tuu mmg pengikut setia si Mat Pik ni. Dari part 1 sampai sekarang duk follow dia. Hehe. Tak kisah laa bnde baik ke buruk ke dia ikut je bontot Mat Pik ni. Kah3. Kalau boleh aku nak bg gelaran born-leader kt Mat Pik ni sebab kebolehan dia memimpin. Korang plan laa ape-ape pun tapi kalau xde restu daripada mamat ni memang tak jalan laa plan korang. Haha. Satu lagi apa yg dia cakap kadang-kadang nampak x logik tapi kalau difikirkan memang betul ape yg dia cakap sbb tu laa budak-budak ni termasuk aku skali slalu ikut ape yg dia cakap. Hehehe.

Mat Pik ni suke melawak ngn kteorang n classmate kteorang. Melawak x kire tempat, dlam kelas ke kt kedai ke ade je lawak bodoh dia tu. Selalunye Olie laa yg jadi mangsa, kalau perempuan pulak Saidah. Hehe. Ape-ape yg kuar daripada mulut mamat ni memang wt kteorang geli hati. Hahaha. Seronok owww dapat kawan mcm ni. Sbb tuu ramai yg suke dia, lecturer kteorang pun ramai yg suke kt mamat ni. Klu korang nak tau dia ni memang peramah dan mudah nak senyum kt org. Susah laa nak nmpak dia tension kecuali kalau time tu ade assignment yg nak kene disiapkan. Time tuu korang tengok laa muke dia cmne. Nak senyum pun taknak ! Haha. Time lecturer kteorang membebel kt depan tuu pun dia boleh lagi main-main last2 kne sound terus diam. Kah3.

Lagi satu Mat Pik ni masih single lagi. Sape2 yg berkenan nak 'couple' ngn dia boleh laa bgtau kt aku. Hehe. Tapi baru-baru ni aku ade dapat berita sedih daripada mamat ni. Dia kte dia nak quit UiTM, WTF ! Dah sampai part 5 gile. Ade satu sem je lagi. Aku mmg susah nak terima keputusan dia tapi tu harapan ayah dia kan nak buat cmne. Tapi tak kisah laa sebab there is only one Mat Pik, the born-leader. :)

Kepada Mat Pik, klu mu bace mnde hok aku tulis ni aku arap mu xkan lupe kt aku nge sek2 ni. Payoh dh nk jupe lepas ni pik. Aku wt bnde ni pun sbb aku rindu ke sek2 ni. Huhu. Ni laa serba sedikit yg aku tau pasal Mat Pik. Kalau aku ade terkasar bahasa aku mtak maaf banyak2. To be continue. Assalamualaikum.

Sabtu, 7 Julai 2012

Sahabat Di Seri Iskandar


Assalamualaikum. Saya ni budak baru belaja, kalau salah tolong laa tegur mane yang patut ye. Hehe. Ok, untuk entry aku yang pertama ni aku nak cerita tentang kawan-kawan aku atau lebih tepat lagi tentang sahabat-sahabat baik aku di Seri Iskandar, tempat di mana aku berusaha untuk menuntut ilmu dan mendalami ilmu tentang perancangan bandar dan wilayah.

Kawan-kawan aku ni (yg paling rapat laa) ade 11 semua nye (2 org xde kt dlm gmbar ni). Kebanyakan daripada mereka ni berasal daripada pantai timur iaitu Kelantan Darul Naim. Kami ni satu kelas dan satu housemate. Dulu mase aku part 1 xde laa rapat sgt ngn dorang ni, sbb mase tuu aku tak duduk sebilik ngn dorang. Mase aku banyak aku habiskan ngn roomate aku mase tuu. Entah macam mne bile naik je part 2, kami dapat bilik sebelah-sebelah. So bile ade keje atau nak pegi kelas sng laa sbb kteorang ni satu kelas. Nak dijadikan cerita, mase kteorang part 3 kteorang dah xdapat kolej. So nak xnak terpakse laa pegi menyewa rumah kt bandar Sidec, belakang Uitm. Mula pada saat itu lahh, hubungan kteorang makin lame makin rapat. Hehehe.

Sekarang aku nak kenalkan kt korang sape sahabat-sahabat aku ni. Yang paling kiri pakai baju hijau tu name dia Olie, budak Melakau. Dia nii memang riuh tapi kadang-kadang aku tension jugak tengok mamat ni sbb bile dia gaduh ngn awek dia atau assignment dia x siap dia akan buat muka. Haishhh, aku rase mcm nak bagi penumbuk je kt mamat ni. Haha. Yg sebelah dia tuu name dia Am, orang Kelantan. Dia ni mmg cool dan ade ramai peminat. Nset x pernah lari daripada tangan dia. Tapi dia ade satu tabiat yang lain daripada yg lain. Dia tak minat bola ! Pelik kan ? Hehe. Yg baju putih tu pulak name dia Fakhrul, tapi kteorg panggil dia BJ. Nak tau knpe BJ, nnt aku story lagii kay. Hehe. Dia ni budak paling baik dlm geng kteorg. Dia mmg suke tolong org lain, tak kire mase dan tempat. Mmg aku respect laa kt mu BJ ! Yg sebelah dye tuu pulak name dia Fahmee, satu negeri ngn aku Terengganu. Tapi dia ni dah arwah, kesian kan. Hahahaha. Tkde laa, dia ni quit mase akhir part 3 dlu sbb dapat tawaran MAS. Fahmee ni budah paling riuh kt dlm kelas kteorang dan paling genius dalam geng kteorang. Sedih gile mase dia nak quit dlu. But life must go on rite. Yg pakai baju biru tu pulak name dia Ame, orang KL. Ame ni budak paling jambu dlam kelas kteorang. Walaupun dia jambu tapi dia bukan playboy. Hehehe. Yg baju pink tu aku xkenal la pulak sape tapi yg menyorok kt balakang kete tuu name dia Afiq atau lebih dikenali dengan panggilan matpik. Dia ni asal Kelantan. Bos kt dalam kelas dan kt rumah sewa kteorang. Yg berdiri paling kanan skali tuu name dia Luqman@matluq. Dia ni pun asal Kelantan jugak. Dia ni unpredictable sikit. Kadang-kadang serius kadang-kadang huru hara jugak. Kalau nk bergurau ngan dia kne hati-hati sikit ye kengkawan. Tapi dia ni jenis yg cool, jgn risau. Hehe. Yg pakai spec peluk tubuh tu pulak name dia Mat Ajim, pun org Kelantan jugak. Kalau keje-keje studio mmg kteorang akan rujuk dia laa sbb dia ni boleh dikatekan power jugak laa bab2 assignment ni. Last skali yg duduk tuu name dia Ami. Dia ni dah arwahh dahh. Mase part 2 dlu dia telah pergi meninggalkan kami semua. Al-fatihah. Hahahaha. Tu je laa stakat nii. Nnt aku akan cerita dengan lebih lanjut tentang mamat-mamat ni. Have fun buddies. Assalamualaikum.